Tuesday, March 21, 2006

"Sepasang Mata Yang Cantik Menawan"

Hassan al basri sewaktu remajanya,adalah seorang bangsawan yg mewah dan suka berfoya2. Suatu hari ketika berjalan2 di kota Basrah, dia terpandang seorang perempuan cantik dgn sepasang mata yg sangat menarik. Datanglah rasa ghairahnya sehingga tanpa sedar kakinya terus mengekori si cantik itu.

Perempuan itu sedar ada org mengekorinya,lalu menoleh kepadanya; "Tuan terus mengekori saya, apakah tuan tidak malu?" Hassan pun menoleh kiri dan kanan dan mendapati tiada siapa di situ. "Nak malu pada siapa? Bukan ada org melihat." katanya. "Sekalipun pd Allah Yang Maha Mengetahui khianatnya mata dan apa yang tersembunyi di sebalik dada," kata perempuan itu. Hassan terkedu mendengarnya ttp kerana tak mampu melawan nafsunya, dia tetap mengekori perenpuan itu. "Mengapa tuan masih mengikuti saya?" "Saya tertarik dgn dua matamu yang cantik." "Baik, tuan tunggulah di sini. Biarlah saya pulang dahulu dan akan saya hantarkan apa yang tuan mahu" kata perempuan itu.

Hassan punmenunggu dgn rasa berdebar2. Tidak lama kemudian, datang seorang pembantu perempuan tadi menghulurkan suatu kotak berbalut sapu tangan. " Tuan, ini tuan saya kirimkan untuk tuan." Dgn rasa amat gembira, Hassan pun membuka kotak itu. Alangkah terkejutnya apabila di dapati dua biji mata yang berlumuran darah. "Perempuan yg tuan ekori tadi ialah majikan saya. Dia berpesan, dia tidak mahu memiliki mata yang membawa fitnah atas orang laki2. Dia mengirirm mata ini agar tuan boleh menikmati dan terbebas dari godaan itu. "Ambillah tuan." Menggigil tubuh Hassan Basri dgn peristiwa menyayat hati ini. Semalaman dia menangis bertaubat kepada Allah.

Keesokan harinya, Hassan pun pergi ke rumah perempuan tadi untuk meminta maaf tetapi menurut jiran berdekatan, perempuan itu telah meninggal kerana terlalu sedih akan dosanya.
Terketar2 Hassan mendengarnya, rasa bagaikan hendak tumbang. Menangislah dia selama tiga hari di rumahnya. Pada akhir malam yang ketiga itu, Hassan telah bermimpi melihat perempuan tersebut sedang duduk di taman syurga. "Wahai tuan, dari dulu lagi saya telah memaafkan perbuatan tuan yang tak senonoh itu, kerana dari perbuatan tuan saya akhirnya duduk mulia di hadapan Allah. Jawab Hassan, "Kalau benar engkau maafkan saya, berilah saya nasihat agar saya menjadi orang soleh." "Bertaubatlah waktu tuan sedang bersendirian atau ketika banyak orang. Ingat ALLAH dan berzikirlah bersungguh-sungguh pagi dan petang beristighfarlah."

Hassan Basri pun mengamalkan nasihat itu. Beliau akhirnya dikenali sebagai wali yang zuhud, taat dan termasyur kerana memilki budi pekerti yang mulia. Begitulah sejarah mempamerkan kehebatan wanita yang beriman. Takut dgn murka ALLAH, maka sanggup dileraikan dunia yang membawa fitnah ke atas kaum lelaki. Benarlah ayat ALLAH...tundukkanlah pandanganmu terhadap yang bukan muhrim kerana sering berlaku "panahan syaitan" di mata.

p/s: Telah nyata, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu sam2lah kita mengutip iktibar darinya, semoga apa yang kita lakukan sentiasa mendamba redha Tuhan Rabbul I'zzati.

"Ya Allah, Engkau mengenaliku lebih baik dari diriku sendiri, dan aku lebih mengenali diriku daripada orang-orang yang memujiku. Jadikanlah aku lebih baik daripada yang difikirkan oleh orang-orang ini mengenai diriku, maafkanlah dosa-dosaku yang tidak mereka ketahui, dan janganlah jadikan aku bertanggungjawab atas apa yang mereka katakan." (Abu Bakar ra.)

"Takkan sekali2 aku mengorbankan maluku dan kemuliaanku, serta kebahagiaanku disisi Allah hanya untuk mencapai kenikmatan dunia dan menuruti syahwat serta menyahut seruan kebebasan. Apalah nilainya kegembiraan, keseronokan dan hidup bebas, jika penghujungnya nanti kehinaan serta diazab di antara lapisan2 neraka...."

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home