Friday, March 31, 2006

Bicara Hati 2
Mendamba Redha Tuhan...

Pasrahkan inginmu sedalam kalbu pada tahajjud malammu.
Bariskan harapmu sepenuh rindumu pada istikharah di shalat malammu.
Pasakkan sepenuh harapan dan keyakinan pada Pencipta
Kerana hanya Tuhan Yang Tahu segala -galanya...
Biar rasa perit dan susah kini...
Kerana kebahagiaan pasti menjadi milik hambaNya yang sabar...
Biar rasa kejauhan kini...
Kerana bila hati sentiasa dekat dgn Tuhan...kejauhan takkan lagi dirasai
Percayalah...setiap kebaikan yang mendamba redha Allah...
Pasti membuahkan hasil yang cukup meruntun hati
Utamakan pandangan Allah dalam setiap perkara
InsyaAllah kebahagiaan abadi milik kita bersama
Ku panjatkan doa agar dipertemukan...
Dalam suasana penuh keredhaan...
Kerana kudratMu tiada batasan
Bertemu dan berpisah kerana Allah
Itulah ukhwah fillah...abadan abada.
"Put Ur Trust in Allah" =) 2.35 pm waktu Cairo (8.35 pm waktu Malaysia)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home