Sunday, April 30, 2006

Empat Wanita Mulia
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Ada Empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita, mereka itu ialah Asiah binti Muzahim (Isteri Firaun), Maryam binti Imran (Bonda Isa Al-Masih ), Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah), dan Fatimah binti Muhammad (Puteri Kesayangan Rasulullah).
(Riwayat Bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita yang dalam ibadah dan tinggi darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula adalah simbol isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran islam, berkorban jiwa raga dan segala harta, rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran demi menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah saw.

Akhirnya ialah Fatimah. Beliau adalah lambang pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat terhadap suaminya serta ibu yang bijaksana untuk putera-puterinya. Beliaulah mendahului segala wanita dan seorang wanita misali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya sewajarnya dijadikan ikutan para muslimah.
p/s: Saya mengajak diri saya dan sahabat2 di luar sana yang bergelar wanita, agar mencontohi keperibadian mulia dan agung, wanita2 mulia yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. Sama2 kita ingat bahawa dunia yang fana ini penuh dengan dusta dan tipu daya...kehidupan akhirat jua yang kekal abadi. Marilah kita berlumba2 mendapatkan keredhaan Tuhan. Jadikanlah kehidupan di dunia ini untuk mengejar redha Tuhan di akhirat nanti. Saya mengingatkan diri saya yang dhaif dan hina ini serta teman2 sekalian, janganlah kita terlalu asyik mengejar keduniaan yang hanya sementara dan tidak menjanjikan apa2. Sesungguhnya akhirat itulah yang utama.
Wallahua'lam...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home